Perisian Percuma

Poket Islam
Athan (Azan) 3.0
Hijah Calender
Quran Translation
Quran MP3

Perisian yang diedarkan telah diedarkan secara percuma diseluruh dunia. Kami tidak bertanggungjawab kepada sebarang tuntutan dari mana-mana pihak.
 
 

Thaharah (Bersuci)


Erti bersuci ialah:
Menghilangkan hadas dan najis dari badan,pakaian dan tempat supaya dapat menunaikan
Ibadah khususnya solat.

Bersuci itu adalah sesuatu yg wajib dlm islam.Di antara cara bersuci ialah wudu’ mandi
Dan membersihkan najis dari badan dan pakaian.


Firman Allah s.w.t.:
"Wahai org-org yg beriman, apabila kamu hendak menunaikan solat,maka
Hendaklah kamu membasuh muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku
Dan sapukan (sedikit air) di kepala kamu dan basuhlah kaki kamu hingga
Hingga kedua-dua mata kaki , Dan jika kamu berjunub maka sucikan(mandi)"

(surah al-maidah: 6)


Ada 4 jenis bersuci:

  • suci dari hadas kecil
  • suci dari hadas besar
  • istinja'
  • suci pakaian dan solat dari najis


Berikut adalah benda yang digelar najis

  • bangkai
  • air kencing
  • tahi
  • darah
  • nanah
  • muntah
  • air mazi
  • air wadi
  • arak
  • anjing dan babi

Wudhu'

Erti wudhu' ialah membersihkan anggota wudu' untuk solat dan amalan lain

Perintah wajib berwudhu' ini sebagaimana Firman Allah s.w.t;

“Hai orang-orang yang beriman ! apabila kamu mengerjakan solat ,basuhlah
Mukamu dan dua tangan mu hingga ke siku ,sapukan kepala mu kemudian
Basuhlah kedua kaki mu hingga ke dua mata kaki”

(al-maidah:6)


Sabda Rasulullah s.a.w;
Allah tidak akan menerima solat di antara kamu jika ia mempunyai hadas
Kecuali ia berwudhu' terlebih dahulu.


Fardhu wudu' ada 6 perkara:

  • niat
  • membasuh muka
  • membasuh dua tangan hingga ke siku
  • membasuh atau menyapu sebahagian kepala
  • membasuh dua kaki hingga ke buku lali
  • tertib iaitu berturut-turut

Syarat-Syarat wudu;

  • islam
  • mumaiyiz
  • menggunakan air mutlak
  • tiada penghalang untuk air sampai ke kulit
  • suci dari haid dan nipas
  • mengetahui yang mana satu sunat dan wajib

Sunat-Sunat wudu';

  • membaca basmalah
  • membasuh kedua tangan hingga kepergelangan tangan
  • berkumur-kumur
  • memasukkan air ke dalam hidung
  • menyapu seluruh kepala
  • menyapu telinga
  • membasuh tiap-tiap anggota sebanyak 3 kali
  • mendahului anggota kanan dari yang kiri
  • menyilang jari tangan dan kaki
  • tidak bercakap ketika wudhu'
  • menggosok anggota wudhu'
  • bersugi
  • membaca dua kalimah syahadah selepas wudu'
  • membaca doa selepas wudu'

Jenis-Jenis air suci lagi menyucikan yang boleh untuk bersuci;

  • air hujan
  • air laut
  • air perigi
  • air mata air
  • air sungai
  • air salji
  • air embun

Perkara-Perkara yang membatalkan wudhu';

  • keluar sesuatu dari dua jalan qubul atau dubur
  • hilang ingatan dengan sebab gila, pengsan, mabuk, pitam dan tidur tidak tetap papan punggung
  • bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan
  • menyentuh kemaluan dengan tapak tangan atau perut anak jari