Perisian Percuma

Poket Islam
Athan (Azan) 3.0
Hijah Calender
Quran Translation
Quran MP3

Perisian yang diedarkan telah diedarkan secara percuma diseluruh dunia. Kami tidak bertanggungjawab kepada sebarang tuntutan dari mana-mana pihak.
 
 

Solat


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(surah Al-ankabut: 45)


Hadith:
Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :

...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”


Solat adalah rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Sesiapa yang mendirikan solat akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya mendapat dosa dan azab yang pedih di akhirat.


Pengertian Solat
Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Allah s.w.t berfirman:

“Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman”

Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat ima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:

“Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur


Kepentingan Solat
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan bersih anggota badan. Segala perjanjian telah dilakukan dalam solat mestilah dipelihara di luar solat.

Antara kepentingan solat seperti berikut:
  • Solat mendidik manusia sentiasa mengingati Allah s.w.t dan mematuhi perintah-Nya.
  • Solat boleh memelihara manusia daripada melakukan kejahatan, seperti Firman Allah s.w.t.

    "Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar...."


  • Solat memberi ketenangan jiwa.
  • Solat membawa kejayaan kepada orang mukmin tetapi hendaklah dilakukan dengan khusyuk.
Kewajipan Bersolat:
Firman Allah s.w.t.;

"Sesungguhnya solat itu satu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin."

(An-nisa': 103)


Syarat Wajib Solat
Syarat wajib Solat ada lima iaitu:
  • Islam
  • Baligh
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Berakal
  • Berada dalam kesedaran (tidak tidur)

Syarat Sah Solat
Syarat sah solat itu terdiri daripada 5 perkara iaitu:

  • Yakin telah masuk waktu
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Tertib Solat rasulullah s.a.w. :

Hadith:

Dari Aisyah r.a katanya:
"Rasulullah s.a.w. memulai solat baginda dengan takbir. Sesudah itu baginda membaca surah al-Fatihah. Apabila baginda rukuk, kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung). Apabila baginda bangkit dari rukuk, baginda tidak sujud sebelum baginda berdiri lurus lebih dahulu. Apabila baginda mengangkat kepala dari sujud (pertama) baginda tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih dahulu. Tiap-tiap selesai dua rakaat baginda membaca Tahiyat sambil duduk menghimpit kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Baginda melarang duduk seperti syaitan duduk atau seperti binatang buas duduk. Dan baginda menyudahi solat dengan membaca salam.”


(Muslim)

Rukun Solat
Rukun Solat terdiri daripada 13 perkara:
  • Niat
  • Takbiratul ihram
  • Berdiri betul bagi orang yang berupaya
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Rukuk serta tamaqninah
  • Iktidal serta tamaqninah
  • Sujud serta tamaqninah
  • Duduk antara dua sujud
  • Duduk tahiyat akhir
  • Membaca tahiyat akhir
  • Membaca salawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir
  • Memberi salam yang pertama
  • Tertib

Perbuatan dan bacaan dalam solat:

1. Niat:

  • Niat solat subuh: sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat kerana Allah Taala.
  • Niat solat zohor: sahaja aku solat fardhu zohor empat rakaat kerana Allah Taala.
  • Niat solat asar: sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat kerana Allah Taala.
  • Niat solat maghrib: sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala.
  • Niat solat isya': sahaja aku solat fardhu isya' empat rakaat kerana Allah Taala.

2. Berdiri dengan betul

3. Takbiratul Ihram


Allahu Akbar

4. Membaca surah Al-Fatihah

5. Takbir dan ruku' dengan bacaan dalam ruku, berserta tama'ninah,



Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya (3 kali)

6. I'tidal (bangun dari ruku') berserta tama'ninah,

Baca:



Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya

7. Sujud berserta tama'ninah,



Maha Suji Tuhanku Yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya (3 kali)

8. Duduk antara sujud berserta tama'ninah,

Baca:



Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku pertunjuk, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

9. Duduk tahyad akhir.

10. Dan membaca tahyad akhir.

11. Membaca selawat keatas Nabi,

Bacaan tahyad akhir;




12. Memberi salam yang pertama,

Baca



13. Tertib iaitu melakukan setiap satu dengan turutan


Perkara yang membatalkan solat
Terdapat 11 perkara yang membatalkan Solat
  • Meninggalkan salah satu rukun solat
  • Berhadas kecil atau besar
  • Makan atau minum
  • Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut
  • Berkata-kata
  • Berpaling dada daripada arah kiblat
  • Ketawa dengan mengeluarkan suara
  • Terbuka aurat dengan sengaja
  • Berubah niat
  • Murtad

Hikmat menunaikan solat
Hikmat menunaikan solat ialah seperti berikut:

  • Menghampirkan diri kepada Allah s.w.t
  • Menguatkan keimanan dan ketaqwaan
  • Mendidik diri supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t
  • Mentaati perintah Allah s.w.t
  • Menjauhkan diri daripada perkara keji dan mungkar
  • Bersyukur kepada Allah s.w.t
  • Sebagai tanda pengabdian hamba dengan Allah s.w.t
  • Melapangkan fikiran
  • Memberi kesihatan jasmani, kecerdasan akal dan meningkatkan kualiti rohani
  • Mendapat pahala

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”


Solat-solat sunat
Di antara solat-solat sunat ialah:

  • Solat sunat Rawatib
  • Solat sunat Tahiyyatul Masjid
  • Solat sunat Jumaat
  • Solat Taubat
  • Solat sunat Tahajjud
  • Solat sunat Tasbih
  • Solat sunat Witir
  • Solat sunat Duha
  • Solat sunat Hajat
  • Solat Tarawih
  • Solat sunat Hari Raya

Doa lepas sembahyang