Perisian Percuma

Poket Islam
Athan (Azan) 3.0
Hijah Calender
Quran Translation
Quran MP3

Perisian yang diedarkan telah diedarkan secara percuma diseluruh dunia. Kami tidak bertanggungjawab kepada sebarang tuntutan dari mana-mana pihak.
 
 

Haji


Pengertian Haji:
Haji dalam syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram di dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai’e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat–syaratnya serta menunaikan segala yang wajibnya.


Pengertian Umrah:
Umrah pada syarak pula ialah menziarahi Baitullah Al–Haram kerana mengerjakan tawaf, sai’e dengan menurut kesemua syarat–syaratnya serta menunaikan segala yang wajibnya.


Hukum Haji & Umrah:
Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang:
  • sudah baligh
  • berakal
  • merdeka
  • berkuasa sama ada lelaki atau perempuan

Syarat Wajib Haji & Umrah
Syarat wajib haji dan umrah adalah sama, iaitu:

  • Islam – tidak wajib dan tidak sah ke atas orang kafir dan murtad (wal’iyazubillah)
  • Baligh cukup umur – tidak diwajibkan haji ke atas kanak-kanak dan jika ia mengerjakannya adalah sah tetapi tidak menggugurkan haji fardunya.
  • Berakal – tidak wajib ke atas orang gila dan tidak sah hajinya jika dilakukan.
  • Merdeka – hamba abdi tidak diwajibkan haji, tetapi sah dan mendapat pahala jika dilakukan
  • Berkuasa mengerjakan haji dan umrah, ia terbahagi kepada dua bahagian: