Adab Dalam Islam
Kepentingan Adab Dalam Masyarakat
Adab atau akhlak bererti budi pekerti,perangai,tingkahlaku,dan tabiat. Budi pekerti ada yg baik dan ada yg buruk,yg baik di gelar sifat mahmudah dan yg buruk pula di gelar sifat mazmumah.
Adab yang baik akan membentuk masyarakat yg harmoni dan yg buruk pula akan mengkucar-kacirkan keadaan
Adab yg baik adalah penting,oleh yg demikian nabi diutuskan oleh Allah untuk memperbaiki akhlak dan adab manusia,sebagaimana sabdanya;
’’Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak yang mulia”

ADAB BERPAKAIAN
ADAB DI MASJID
ADAB KELUAR MASJID
ADAB DAN HAK KEATAS IBU-BAPA
ADAB MAKAN
ADAB MINUM
ADAB MELAKUKAN PERSETUBUHAN
ADAB MEMINTA IZIN
ADAB (HAK) MUSLIM KEATAS MUSLIM
ADAB WANITA DI DALAM RUMAH
ADAB WANITA DI LUAR RUMAH
ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI
ADAB DUDUK DI DALAM MAJLIS
ADAB SUAMI MENDIDIK ISTERI
ADAB KEPERIBADIAN WANITA (ISTERI)
ADAB DENGAN BINATANG
ADAB MENDIDIK ANAK-ANAK
ADAB BERMASYARAKAT
ADAB SESAMA ISLAM
ADAB MENZIARAHI PESAKIT
ADAB TIDUR
ADAB BERJIRAN
ADAB DAN HAK SEORANG TEMAN DAN SAHABAT

ADAB BERPAKAIAN
Munutup aurat
Pakaian bukan dari sumber yg haram
Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian wanita
Pakaian longgar,tidak menampakkan bentuk badan
Pakaian dari jenis kain yg tebal,tidak jarang dan nipis
Memakai pakaian yg bersih
Memakai pakaian dengan mendahulukan tangan kanan
Tidak melabuhkan seluar bagi lelaki sehingga menutupi buku lali
Bagi lelaki elok memakai pakaian yg bewarna cerah
Sebaik-baik pakaian adalah meniru sunnah Rasulullah s.a.w
Doa memakai pakaian:
Ertinya:"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku pohon perlindungan dari kejelekan pakaian ini dan kejelekan apa yang ada padanya."
ADAB DI MASJID
Masuk ke masjid dengan mendahului kaki kanan
Ucapkan salam kepada mereka yg berada didalam masjid
Menunaikan solat tahiyyatul masjid
Jangan bercakap perkara duniawi
Duduk menghadap kiblat
Memohon agar Allah membuka rahmatnya
Sentiasa berzikir kepada Allah dengan suara yg perlahan
Jauhi dari menghina islam
Doa masuk masjid;
“ Ya Allah bukalah pintu-pintu rahmat mu untuk ku “
ADAB KELUAR MASJID
Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat
Berniat untuk datang kembali
Melangkah keluar dengan kaki kiri
Memberi salam orang yang masih tinggal di masjid
Doa keluar masjid:
“ Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepadamu dengan keutamaanmu. Ya Allah, peliharalah aku dari godaan syaitan terkutuk”
ADAB DAN HAK KEATAS IBU-BAPA
Mentaati ibu dan bapa dalam segala hal kecuali perintah maksiat
Berbicara dengan kedua nya dengan sopan dan lemah lembut
Bangun menghormati keduanya apabila mereka datang
Mencium tangan kedua nya setiap pagi dan petang
Memelihara nama,kehormatan serta harta benda mereka
Memuliakan mereka dan memberi apa yang mereka minta
Berbincang dengan mereka dalam segala urusan dan pekerjaan
Memperbanyak kan doa dan memohon ampun untuk mereka
Sentiasa berusaha mengembira dan menyenangkan mereka
Tidak mengangkat suara dihadapan mereka
Tidak memotong cakap mereka
Tidak keluar rumah tanpa izin mereka
Tidak memeranjatkan mereka ketika mereka sedang tidur
Tidak mencela mereka jika mereka melakukan sesuatu tidak memuaskan
Tidak melunjurkan kaki dihadapan mereka
Tidak berjalan mendahului mereka
ADAB MAKAN
Membaca doa sebelum makan
Makanan dan minuman dari sumber yang halal
Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan
Duduk ketika makan dan makan menggunakan tangan kanan
Menyukai makanan yang ada dan tidak mencela makanan
Sunat bercakap ketika makan
Mulakan dengan Bismillah
Hendaklah makan dengan tiga jari dan mengecilkan suapan
Hendaklah mengunyah dengan baik
Tidak meniup makanan yang panas
Tidak bernafas di dalam gelas ketika minum
Tidak makan terlalu kenyang
Tidak memulakan makan kecuali orang yang lebih tua menjamah dahulu
Hendaklah sopan terhadap kawan ketika makan
Bila selesai makan ucaplah Alhamdulillah
Doa Ketika Makanan Terhidang- sebelum makan
Ertinya:"Ya Allah, berkatilah kepada kami pada apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab(siksa) neraka. Dengan Nama Allah."
Doa Selesai Makan)
Ertinya:"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami memberi minuman kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslimin."
ADAB MINUM
Sunat membaca Bismillah dan alhamdulillah sesudah minum
Makruh minum daripada mulut tempat simpan air seperti botol,kendi dll
Makruh meniup atau bernafas didalam air
Hendaklah duduk ketika minum
Jangan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak
Jangan makan dan minum ketika terlalu kenyang
ADAB MELAKUKAN PERSETUBUHAN
Membersihkan gigi
Sunat berwudhu' terlebih duluhu
Memakai bauan
Memohon ampun kepada Allah
ADAB MEMINTA IZIN
Hendaklah memberi salam dahulu sebelum meminta izin
Hendaklah nyata kan nama , sifat dan gelaran yg baik
Hendak meminta izin tiga kali
Jangan mengetuk pintu dengan kasar
Hendaklah dia kembali, jika tuan rumah menyuruhnya kembali
ADAB (HAK) MUSLIM KEATAS MUSLIM
Menutup keaibannya
Meringankan kesusahannya
Membantu segala yang penting dan perlu
Memenuhi hajat dan keperluannya
Menghapuskan duka nestapanya
Membelanya jika teraniaya
Menolongnya jika lemah
Meringankan beban hidupnya
Menghormati orang tua
Kasih terhadap yang kecil
Tidak menyusahkan
Tidak mencaci atau mengejek
Tidak menipu saudaranya yang muslim
Tidak dengki,dendam dan sangka jahat
Mengasihani sebagaimana mengasihani dirinya sendiri
ADAB WANITA DI DALAM RUMAH
Menghormati orang tua dan menerima nasihat yang di beri
Memperbaiki diri untuk menjadi wanita solehah
Melatih diri dalam urusan rumahtangga
Menjaga nama baik orang tua dan keluarga
Memperbanyakkan puasa dan ibadat
ADAB WANITA DI LUAR RUMAH
Tidak memakai pakaian yg mendedahkan aurat atau menghairahkan
Jika keluar rumah hendaklah dengan orang tua atau muhrimnya
Menghias diri dengan sifat malu
Berkata yang benar
Menghindari bersahabat dengan lelaki bukan muhrim
Menghindari dari pergi ke tempat-tempat umum kerana boleh menimbulkan fitnah
ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI
Sentiasa bersifat malu,taat dan hormat kepada suami
Diam ketika suami sedang bercakap
Memelihara diri ketika suami tiada di rumah
Memakai wangian di rumah dan sentiasa membersihkan mulut
Meyakinkan diri bahawa suami mempunyai kelebihan
Menampakkan rasa gembira ketika suami datang
Memuliakan ibi-bapa dan keluarga suami
Sediakan makanan untuk suami tanpa di suruh atau di pinta
Menjaga harta suami
Memberi didikan yang baik-baik kepada anak
Menjadi permaisuri dan bidadari bagi suami suami berada di rumah
ADAB DUDUK DI DALAM MAJLIS
Hendaklah bersalaman dengan semua orang yg di temui di dlm majlis
Hendaklah duduk di tempat yang di tunjukkan oleh tuan rumah
Hendaklah duduk di samping orang ramai , bukan di tengah-tengah mereka
Tidak boleh duduk antara dua orang melainkan dengan izin keduanya
Hendaklah orang datang lewat duduk di akhir majlis/dibelakang
Hendaklah memohon izin jika ingin keluar dari sesuatu majlis
ADAB SUAMI MENDIDIK ISTERI
Suami hendaklah mengajar isterinya ilmu-ilmu fardhu-ain.jika tidak mampu ,wajib suruh isterinya belajar dengan orang lain atau mencari guru untuk mengajar isterinya.
Suami hendaklah mendidik isterinya dengan lemah-lembut dan kasih-sayang
Suami hendaklah menunjukkan sifat ikhlas dan amanah kepada isteri
Suami hendaklah menyempurnakan kewajipan dengan memberi nafkah yg sempurna
Janganlah suami memberatkan isterinya lebih dari yang patut
Ajar lah isteri supaya bersabar dalam menghadapi kesusahan
Didiklah isteri agar berbuat baik dengan orgtuanya dan mertuanya
ADAB KEPERIBADIAN WANITA (ISTERI)
Selalu berada di rumah
Mengutamakan tugas di rumah dari yang lain
Dilarang orang luar memasuki rumahtangga ketika suami tiada
Selalu mendampingi suami dan menggembirakan nya apabila di sampingnya
Memelihara kehormatan diri ketika suami tiada di rumah
Meminta izin pada ibu-bapa atau suami jika ingin keluar
Apabila keluar rumah hendaklah tidak menarik perhatian orang ramai
Tidak memakai pakaian yg ketat atau mendedahkan badan jika diluar rumah
Menundukkan pandangan dari yang haram dan jelek
Mendorong dan membantu suami mencari rezeki yang halal
Tidak menuntut pemberian yg banyak dari suami
Melahirkan sifat malu dan sedikit ketawa,banyak bersabar dan bersyukur
Memperbanyakkan mempelajari ilmu agama terutama Al-quran bagi pendidikan anak-anak
ADAB DENGAN BINATANG
Memberi makan dan minum bila ia lapar
Menyayangi dan mengasihinya
Berlaku baik ketika menyembelihnya
Tidak menyeksanya seperti memukul , mengikat atau membakarnya
Harus membunuh binatang yang membahaya seperti ular,kala-jengking dan sebagainya
Menunaikan zakat binatang jika cukup nisabnya
Tidak melalaikan diri dengan binatang peliharaan sehingga lupa mengingati Allah
ADAB MENDIDIK ANAK-ANAK
Seorang ibu bertanggung-jawab mendidk anak-anaknya didunia dan akhirat
Perkara yang perlu dilaksanakan terhadap anak-anaknya adalah:
Menguatkan dan menyuburkan jasmani anak-anak dengan makanan yg halal
Menghindarkan mereka dari segala bahaya
Memahami dan mengembangkan bakat mereka
Menyuburkan jiwa mereka dengan iman
Mengajar dan membiasakan mereka dengan akhlak yang terpuji
Mengajar mereka menghormati ibu-bapa dan orang yg lebih tua
Mendidik mereka menghormati gurunya
Menjaga hidup mereka dengan cara hidup islam
Mengajar mereka Al-quran dan menghayati ajarannya
Mendidik mereka mencintai Rasul danAllah dan mematuhi segala perintah dan larangannya
ADAB BERMASYARAKAT
Menghindari diri dari menyakiti hati kawan
Merendahkan diri
Tidak bermasam muka
Memberi layanan sama rata
Meminta izin jika ingin masuk rumah
Mengasihi anaknya dan hormati orangtua
Menepati janji
Mengamankan perselisihan
Merahsiakan keaiban
Membantu sesama islam
Berbaik sangka
Mententeramkan yang ditimpa musibah
Tidak meremehkan orang lain
Membantu golongan miskin
Mudah memberi maaf
Sentiasa bermanis muka
ADAB SESAMA ISLAM
Memberi salam apabila bertemu
Menziarahi apabila sakit
Melawat jenazah apabila mati
Menberi nasihat apabila diminta
Menyukai sesuatu yang disukai oleh saudaranya dan membenci sesuatu yg dibenci saudaranya
Hendaklah sentiasa bersedia menolongnya dan jangan menzaliminya
Tidak menyakitinya samaada dengan perkataan atau perbuatan
Tidak membesar diri angkuh dan sombong
Haram hukumnya tidak bertegur sapa lebih tiga hari sesama islam
Jangan menghina , mencaci , mengumpat atau merendahkan mereka
Tidak membuat tuduhan palsu kepada yg hidup atau mati
Tidak berlaku hasad dengki, sangka buruk atau mengintip rahsia saudaranya
Tidak menipu atau membohonginya
Hendaklah bergaul dengan baik
Hendaklah menghormati yg lebih tua dan mengasihi yg lebih muda
Hendaklah menutup keaiban dan kecacatannya
Hendaklah menolongnya bila ia memerlukan pertolongan
Hendaklah melindunginya dan memberi bila dia meminta
ADAB MENZIARAHI PESAKIT
Menyegerakan untuk berziarah
Memendekkan ziarah atau memanjangkan ziarah mengikut keperluan
Mendoakan pesakit ketika menemuinya
Sunat bertanya kan hal si pesakit kepada keluarganya
Sunat orang menziarah duduk di kepala pesakit
Sunat menyedapkan perasaan pesakit dengan penyembuhan dan panjang umur
Mengingatkan pesakit dengan kalimah “ LA ILAHA ILLALLAH “
ADAB TIDUR
Jangan tidur sebelum solat isya'
Berwuhu' sebelum tidur
Jngan tidur meniarap
Menbaca doa sebelumdan selepas tidur
ADAB BERJIRAN
Tidak melakukan penginayaan terhadap jiran seperti zina,mencuri,menghina dll
Melindungi tetangga dengan mengambil berat tentang kesusahan mereka dan melindungi mereka dari bahaya.
Berbuat baik dengan jiran dan selalu bertanya khabar
Bersikap lapang dada terhadap jiran seperti memaafkan mereka jika mereka berlaku kasar terhadap kita
ADAB DAN HAK SEORANG TEMAN DAN SAHABAT
Memberi salam ketika bertemu
Menziarahi ketika sakit
Mendoakan ketika bersin
Sering menziarahi ke rumahnya kerana menghubungkan persahabatan kerana Allah
Membantunya ketika susah
Menerima undangan jika di undang ke majlis atau ke rumahnya
Memberi tahniah pada bulan-bulan dan hari raya
Saling memberi hadiah pada upacara-upacara dan hari tertentu
Membenci sesuatu yg tidak baik baginya sebagaimana anda membenci sesuatu pada diri anda.
Sama-sama bergembira ketika senang dan sama-sama bersedih ketika sedih
Hendaklah anda sentiasa memelihara nama baiknya ketika hidup dan matinya
Hendaklah anda berbakti kepada anak isterinya serta kaum kerabatnya